بيسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Bersyukur saya kehadrat Allah SWT
Dengan limpah kurniaNya saya masih
Bernyawa dan diberikan ilmu barang
Sedikit bagi saya coretkan di halaman
Blog ini.
Baru-baru ini kita digemparkan
Dengan peristiwa tanah runtuh yang
Mengorbankan seramai 16 orang
Penghuni dan penjaga rumah anak-
Anak yatim dan rumah anak hidayah
Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat,
Selangor.
Anak saudara saya yang menghuni
Di sana turut berada di dalam khemah
Yang didirikan di sana, dengan izin
Allah SWT hatinya tergerak untuk naik
Ke atas asrama dengan tiada sebap
Hanya digerakkan hati oleh Allah SWT
Semata-mata. Sesudah dia hendak
Turun semula ke khemah tiba-tiba
Tanah runtuh ke atas khemah
Tersebut betul-betul di depan matanya
Kuasa Allah SWT jualah yg
Memanjangkan umurnya.
Marilah kita sama-sama membaca
Suratul Fatihah kepada arwah-arwah
Yang terkorban dalam kejadian baru-
Baru ini. Semoga roh mereka dicucuri
Rahmat Allah SWT..
Di atas saya lampirkan gambar anak
Buah kesayangan saya Dzairul Asyraf Bin Othman semasa kejadian..
Walahu'alam...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment